Penjara Kluang, 20 Oktober 2012 (Sabtu). Majlis Pra Pelancaran Skuad Muda KDN Jabatan Penjara Malaysia telah disempurnakan oleh Yang Berhormat R.Vidyananthan a/l Ramanathan, ADUN Kahang, Kluang. Majlis ini diadakan di Dewan Sri Siantan Penjara Kluang pada jam 3.00 petang dengan dihadiri bersama oleh PKK Mat Rasid Bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Pauzi Bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Mersing dan beberapa orang pegawai.
Skuad Muda ini terdiri daripada pelajar 161 pelajar 20 politeknik seluruh negara dan 5 buah kolej komuniti di negeri Johor serta kakitangan Penjara Kluang. Pada sebelah paginya, skuad muda ini telah mengikuti Program Leadership Challenge KPT 2012 Peringkat Kebangsaan dimana pengisianya ialah Masej Dari Penjara dan taklimat Skuad Muda KDN Jabatan Penjara Malaysia, yang telah disampaikan oleh PP Zaidi Bin Hamid, Bahagian Dasar IPPM. Keahlian Skuad Muda paling ramai ialah dari Politeknik Mersing dimana 70 orang pelajar telah bersetuju menjadi ahli.
Borang keahlian Skuad Muda pelajar-pelajar telah diserahkan oleh Tuan Haji Pauzi Bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Mersing kepada PKK Mat Rasid Bin Jahlil dengan disaksikan oleh YB R. Vidyananthan a/l Ramanathan sebagai simbolik majlis pra pelancaran ini. Bagi ahli Skuad Muda kakitangan Penjara, borang telah diserahkan oleh IP Mohd Shazlin Bin Mohd Shukur, selaku Ketua Skuad Muda Kakitangan Penjara Kluang.
""